My dear ALLAH when I loose hope, help me to remember that, Your love is greater than my disappointments and Your plans for my life are better than my dreams
Tuesday, 27 December 2011
kenapa
Ada yang memandang rendah pada mereka.
hakikatnya,mereka ini lebih cekal dari yang sempurna sifatnya.
si BUTA.
terkadang harus mengikut gerak hatinya apabila tiada yang membantu.
begitulah juga si buta yang aku jumpa di suatu pagi semasa menunggu bas di Hentian Duta.
Sejujurnya,saat si buta itu melangkah masuk ke dalam ruangan menunggu bas transnasional,hati ini bagai ada perasaan yang pelbagai.
perasaan tersentuh kerana dunianya hanya sebuah pentas gelap gelita.
namun ada persaan kagum untuknya.kagum kerana si buta itu berjaya menongkah,melangkah untuk ke Hentian Duta.walaupun tak di iringi cahaya.hanya di iringi kecekalan hati.
aku melihat dia meraba-raba mencari kerusi untuk merehatkan kakinya.mungkin kakinya sudah jauh menapak.
mujur ada yang sudi membantunya.walaupun bukan seagama,mereka tidak keberatan untuk membantunya.
si Buta itu hanya duduk di suatu sudut,diam menunduk ke lantai.
hanya telinga yang mendengar hiruk pikuk di sekeliling apabila ruang itu mula dipenuhi manusia yang menunggu bas termasuklah si Buta itu.
melihat dirinya membuatkan aku terfikir sejenak,
kenapa kita yang sempurna sifatnya,cepat mudah berputus asa.
kenapa kita yang sempurna sifatnya,selalu mengeluh kesah.
kenapa kita yang sempurna sifatnya,terkadang tidak menghargai nikmat pandangan yang diberikan yang Esa
*short note : Allah tidak akan mengubah nasib seseorang sebelum dia mengubah nasibnya sendiri. Itu janji Dia pada kita.
written by; diana
“Show mercy towards those who are on earth so that the angels who are in heaven will bring mercy on you by the order of Allah.”
Subscribe to:
Posts (Atom)