"ahh dia tu,bajet nak tegur orang.padahal diri sendiri pun sama ja"
"sebelum kau tegur orang,cermin diri sendiri dulu"
persoalannya,perlukah kita menegur seseorang hanya apabila kita cukup sempurna dari segi agama?
apakah hanya yang kuat pegangan agamanya sahaja layak menegur?
bagaimana pula hak menegur bagi yang baru hendak berubah ke arah kebaikan?
PREJUDICE !
YA.manusia yang bersikap sedemikian.
kalau hanya orang yang sempurna layak menegur,maka semakin ramailah orang yang akan hanyut dalam gelora nafsu dunia.
kerana hakikatnya,ramai yang sudah asyik dengan keseronokan dunia namun tidak ramai yang terdetik untuk menegur mereka yang telah tergelincir dari landasanNya.
Sabda nabi Muhammad SAW,
“Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat .”
“Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat .”
Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 2,
“Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat dosa dan aniaya.”
“Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat dosa dan aniaya.”
apabila seseorang menegur anda,jangan pertikaikan kelayakannya untuk menegur.
teguran itu adalah kerana dia masih peduli tentang anda.
No comments:
Post a Comment